PUTRAJAYA: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi hari ini membuat laporan polis terhadap tiga individu kerana menganggap ketiga-tiga individu berkenaan telah mengeluarkan dan menyebar beberapa kenyataan palsu dan bersifat memfitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Individu berkenaan adalah aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che'gu Bard, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Raggie Jessy Rithaudeen.
Bercakap kepada media selepas membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini hari ini, Ahmad Farhan berkata laporan polis berkenaan adalah berhubung kenyataan media Che'gu Bard dan ucapan Wan Saiful dalam satu ceramah di Kedah baru-baru ini mengenai kediaman peribadi dan kenderaan yang digunakan Anwar yang didakwa milik seorang ahli perniagaan.
"Kesemua kenyataan itu adalah tidak berasas, berniat jahat dan bermotifkan politik," katanya yang turut ditemani peguam Anwar, Datuk S. Sankara Narayanan Nair.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya akan menjalankan siasatan.
Sementara itu, Sankara Narayanan Nair berkata pihaknya mempunyai bukti dan dokumen berkaitan perjanjian pajakan kediaman Anwar di Sungai Long, Kajang namun ia tidak boleh didedahkan kepada umum.
"Hartanah yang didiaminya adalah termaktub dalam perjanjian pajakan olehnya selama 10 tahun, ditandatangani pada tahun 2020, lama sebelum beliau menjadi Perdana Menteri. Pajakan itu dibayar dengan sewajarnya, tiada pertikaian mengenai siapa yang memiliknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Ahmad Farhan Fauzi menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
Mauritius adakan Pilihan Raya Parlimen pada Ahad
Pilihan Raya Parlimen diadakan di Mauritius pada Ahad, dengan gabungan pemerintah Alliance Lepep yang diketuai oleh Perdana Menteri Pravind Kumar Jugnauth dilihat sebagai pilihan utama untuk mengekalkan kuasa.
Pertempuran di kuil Kanada cetus protes di Delhi
Insiden pertempuran yang berlaku di perkarangan sebuah kuil di Brampton, Kanada melibatkan penganut Hindu dan Sikh, turut mencetus protes di New Delhi, India.
Himpunan orang ramai tertumpu di perkarangan Kedutaan Kanada di New Delhi.
Himpunan orang ramai tertumpu di perkarangan Kedutaan Kanada di New Delhi.
Penggunaan IoT dalam syarikat masih dianggap sebagai kos tambahan
Inisiatif kerajaan menyokong penggunaan teknologi internet kebendaan (IoT) dalam pengurusan tenaga industri disifatkan sebagai langkah strategik untuk meningkatkan kecekapan tenaga negara dan memacu pertumbuhan mampan.
Malaysia, Mesir sepakat ambil langkah proaktif hentikan keganasan di Palestin
Malaysia dan Mesir sepakat untuk mengambil langkah lebih tegas dan proaktif bagi memastikan keganasan di Palestin dihentikan.
Pendirian ini dicapai dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya di Kaherah.
Anwar mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Mesir sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.
Pendirian ini dicapai dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya di Kaherah.
Anwar mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Mesir sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.
Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan tertiarap di Shah Alam
Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan dalam keadaan tertiarap di tebing sungai berhampiran kunci air, Jalan Ngah Ibrahim 35/135, Shah Alam, pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (10 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Platform media sosial luar negara dibenarkan di Iran jika terima peraturan sedia ada
Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berulang kali menekankan kepentingan melindungi keselamatan psikologi rakyat Iran di alam siber.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 November 2024.
Polis Singapura tingkat rondaan di rumah ibadat selepas insiden paderi ditikam
Tahap keselamatan di rumah-rumah Ibadat di Singapura dipertingkat susulan kejadian tikaman seorang paderi di Gereja St Joseph di Bukit Timah pada Sabtu. Christopher Lee, 57 tahun memberitahu beliau telah diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau semasa upacara pengamatan misa pada jam 5.30 petang.
Raja Charles ketuai upacara peringatan mangsa perang dunia
Raja Charles pada Ahad mengetuai upacara peringatan mangsa-mangsa yang terkorban
dalam peperangan serta konflik-konflik lain yang telah atau atau secang melanda dunia dalam satu upacara khas di London.
dalam peperangan serta konflik-konflik lain yang telah atau atau secang melanda dunia dalam satu upacara khas di London.
Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar
Bagi pihak Malaysia, Anwar mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang berkabung atas kehilangan yang disifatkannya tidak masuk akal dan menyedihkan.
PM berangkat ke Mesir, lawatan rasmi jemputan Abdel Fattah El-Sisi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Kaherah, Mesir bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El Sisi pada Sabtu.
HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Lokasi sambutan dua tahun Kerajaan MADANI ditukar ke KLCC - Fahmi
Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Lawatan kerja: Xi Jinping bawa suara baharu kepada Global Selatan - PM
Presiden China Xi Jinping telah membawa "suara baharu" kepada Global Selatan dan masyarakat antarabangsa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.